nuffnang.add

Friday 1 April 2011

Reda dan Ceria

"Isy, bosan sungguh hidup ini... Arghhh!!!!! aku tak tahan... Malang sungguh nasib aku... Rasa macam nak bunuh diri jer... Kenapa aku, kenapa???.....".

Mesti kita pernah dengar ayat-ayat di atas ini.  Manusia selalu menggeluh, seolah-olah menyalahkan takdir dan tidak reda dengan apa yang diuji oleh Allah.  Jarang kita melihat kita tersenyum apabila sesuatu menimpa kita. Sebaliknya kita asyik termenung dan bermurung dengan masalah yang dihadapi.  Tambah-tambah lagi bila kita asyik memikirkan perkara ini dari sudut negatif. 

Kita terlupa bahawa Islam mengajar kita untuk menerima dan meredai segala ketentuan Illahi. 

Wahai sahabatku,

Jom kita aplikasikan sifat reda dalam kehidupan kita dengan seikhlas hati kita kerana Allah.  Insyaallah, apabila sifat reda itu ada dalam jiwa kita barulah hidup kita sentiasa ceria. Seperti renungan di bawah:

"Terimalah segala keputusan takdir dengan tenang dan reda, barulah keceriaan hadir dalam hidup."

Kita juga tidak salah menangis atas sesuatu musibah yang menimpa.  Kerana ia salah satu cara untuk kita meluahkan perasaan kita terhadap ujian yang dihadapi.  Tetapi meratapi ke atasnya sehingga tidak meredai ketentuan Illahi itu yang membuat diri kita jauh dari sifat reda yang dituntut oleh Islam. 

"Allah meredai hamba-hambanya yang meredai ketentuan yang ditetapkan.  Malah keberkatan Illahi akan terselah dalam kehidupan ini."

Oleh itu jika sesuatu musibah menimpa kita, fikirkan hikmah di sebalik sesuatu yang menimpa kita dan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah.  Kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim.  Kita juga perlu muhasabah semula peristiwa yang berlaku dan cuba berfikiran positif.  Selain berdoa, memperbanyakkan ibadat kepada Allah, carilah sahabat yang boleh dipercayai untuk kita meluahkan masalah kepada sahabat kita.  Akhirnya hidup kita akan ceria dan kita akan mudah tersenyum.

Insyaallah...

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku.  Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah.. DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini.  Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas.  Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas.  Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar.  Ya Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu."

No comments:

Post a Comment