nuffnang.add

Friday 1 April 2011

Cinta Kerana Allah.

Salam Jumaat,

Saya ada terbaca blog "Mutiara Kata" berkenaan cinta.  Mutiara katanya membuat saya berfikir sejenak.  Indah sungguh maknanya "Mencintai hamba Allah kerana Allah". 

Tentu sukar menemui seseorang yang menyatakan saya mencintaimu kerana Allah.  Tetapi kita selalu temui seseorang yang menyatakan saya mencintaimu kerana matamu yang cantik, paras wajahmu yang ayu dan sebagainya untuk menarik perhatian orang yang kita cintai.  Dan di akhirnya bila tidak disatukan dengan seseorang yang dicintai, perasaan kecewa, marah dan menyalahkan satu sama lain wujud apatah lagi menyalahkan takdir Illahi.  Tidakkah mereka mengetahui bahawa:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.  Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216-

Wahai sahabatku,

Jikalau kamu dan aku jatuh cinta.  Maka cintailah dia kerana Allah seperti kata-kata di bawah ini yang saya baca dalam blog Mutiara Kata.  Mari kita sama-sama memahami dan renungkan bersama maksud kata-katanya.

Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?

Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?

Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.

No comments:

Post a Comment