nuffnang.add

Tuesday, 5 April 2011

selsema, demam, batuk, sakit tekak.....

Salam,

Hari ini kesihatan saya kurang memuaskan.  Hidung saya berair kerana selsema, manakala tekak terasa gatal dan perit.  Buku rawatan saya keluarkan daripada beg tangan untuk mendapatkan rawatan doktor di tingkat 1 pejabat saya.

Teringat saya kata-kata orang bijaksana bahawa seseorang tidak mengenali tanda-tanda sihat selagi dia belum ditimpa sakit.  Di antara hikmah Allah juga, Dia menimpakan cubaan berupa penyakit dan penderitaan kepada orang mukmin pada waktu-waktu tertentu, agar dia mengingat saudara-saudaranya yang ditimpa kesulitan, sehingga dia membantunya.  

"Janganlah kamu mencacimaki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”

(HR. Muslim)

Lirik Lagu Menanti Hikmah

Hembusan bayu memecah sunyi penjuru
Alam maya yang diciptakan oleh pencipta
Siang dan malam silih berganti entahkan berhenti
Di bumi ini ketenangan yang dicari
Tapi apakah akan ditemui

Hanyalah berserah padaNya
Kerna Dia Maha segalanya

Tanpa disangka dugaan tiba
Turut kata pasti akan binasa
Hebatnya badai melanda
Menggoncang jiwa

Oh kita berdoa agar ditemukan cinta ini
Dengan yang lebih memahami
Oh hati ini…
Kasih ku

Antara dua hampiri menagih jiwa
Ketentuan tidak mengenal siapa
Redha dengan apa takdirNya
Pasti ada tersirat hikmahnya

Monday, 4 April 2011

Bulan Kelahiran Saya (JUN)

JUN!

Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Friday, 1 April 2011

Reda dan Ceria

"Isy, bosan sungguh hidup ini... Arghhh!!!!! aku tak tahan... Malang sungguh nasib aku... Rasa macam nak bunuh diri jer... Kenapa aku, kenapa???.....".

Mesti kita pernah dengar ayat-ayat di atas ini.  Manusia selalu menggeluh, seolah-olah menyalahkan takdir dan tidak reda dengan apa yang diuji oleh Allah.  Jarang kita melihat kita tersenyum apabila sesuatu menimpa kita. Sebaliknya kita asyik termenung dan bermurung dengan masalah yang dihadapi.  Tambah-tambah lagi bila kita asyik memikirkan perkara ini dari sudut negatif. 

Kita terlupa bahawa Islam mengajar kita untuk menerima dan meredai segala ketentuan Illahi. 

Wahai sahabatku,

Jom kita aplikasikan sifat reda dalam kehidupan kita dengan seikhlas hati kita kerana Allah.  Insyaallah, apabila sifat reda itu ada dalam jiwa kita barulah hidup kita sentiasa ceria. Seperti renungan di bawah:

"Terimalah segala keputusan takdir dengan tenang dan reda, barulah keceriaan hadir dalam hidup."

Kita juga tidak salah menangis atas sesuatu musibah yang menimpa.  Kerana ia salah satu cara untuk kita meluahkan perasaan kita terhadap ujian yang dihadapi.  Tetapi meratapi ke atasnya sehingga tidak meredai ketentuan Illahi itu yang membuat diri kita jauh dari sifat reda yang dituntut oleh Islam. 

"Allah meredai hamba-hambanya yang meredai ketentuan yang ditetapkan.  Malah keberkatan Illahi akan terselah dalam kehidupan ini."

Oleh itu jika sesuatu musibah menimpa kita, fikirkan hikmah di sebalik sesuatu yang menimpa kita dan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah.  Kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim.  Kita juga perlu muhasabah semula peristiwa yang berlaku dan cuba berfikiran positif.  Selain berdoa, memperbanyakkan ibadat kepada Allah, carilah sahabat yang boleh dipercayai untuk kita meluahkan masalah kepada sahabat kita.  Akhirnya hidup kita akan ceria dan kita akan mudah tersenyum.

Insyaallah...

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku.  Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah.. DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini.  Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas.  Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas.  Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar.  Ya Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu."

Cinta Kerana Allah.

Salam Jumaat,

Saya ada terbaca blog "Mutiara Kata" berkenaan cinta.  Mutiara katanya membuat saya berfikir sejenak.  Indah sungguh maknanya "Mencintai hamba Allah kerana Allah". 

Tentu sukar menemui seseorang yang menyatakan saya mencintaimu kerana Allah.  Tetapi kita selalu temui seseorang yang menyatakan saya mencintaimu kerana matamu yang cantik, paras wajahmu yang ayu dan sebagainya untuk menarik perhatian orang yang kita cintai.  Dan di akhirnya bila tidak disatukan dengan seseorang yang dicintai, perasaan kecewa, marah dan menyalahkan satu sama lain wujud apatah lagi menyalahkan takdir Illahi.  Tidakkah mereka mengetahui bahawa:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.  Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216-

Wahai sahabatku,

Jikalau kamu dan aku jatuh cinta.  Maka cintailah dia kerana Allah seperti kata-kata di bawah ini yang saya baca dalam blog Mutiara Kata.  Mari kita sama-sama memahami dan renungkan bersama maksud kata-katanya.

Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?

Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?

Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.

Monday, 28 March 2011

Senyum lah .....

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus


Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Saya suka dengar lagu ini, lirik katanya begitu bererti.  Senyum itu sudah cukup menggambarkan keikhlasan hati kita. Tidak perlu mengatur kata-kata yang manis untuk menawan hati seseorang, hanya dengan senyuman sudah cukup membuat seseorang jatuh hati dengan kita.  Tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak cukuplah dengan senyuman yang ikhlas seperti mutiara kata di bawah:- 


"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina" 


Kalau kamu susah senyum, cuba lihat gambar di bawah ini...
comelkan... hehehe...